Sukarelawan V4KL Cat Rumah Ibadat


KUALA LUMPUR  - Sekumpulan 600 orang sukarelawan Volunteer For KL (V4KL) telah mengambil pendekatan luar biasa dengan mengadakan gotong-royong mengecat rumah iabadat tanpa mengira agama di sekitar Brickfileds semalam.

Program yang dinamakan V4KL@Unity itu bertujuan mempromosikan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini yang mana program gotong-royong itu membabitkan kerja-kerja mengecat masing-masing sebuah gereja, kuil, tokong dan Madrasah.

Program ini merupakan hasil inisiatif Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan untuk memupuk secara berterusan semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum di negara ini.

Ketua Pemuda BN Wilayah, Datuk Mohd. Razlan Rafii berkata, sukarelawan V4KL yang kini sudah menjangkau 8,000 orang sebelum ini terlibat dalam program memperindahkan lokasi-lokasi yang bakan menjadi lapangan pertandingan untuk Sukan SEA pada Ogos ini.

“Kini program V4KL melangkah satu tangga lagi, apabila anak-anak muda ini dikumpulkan untuk bergotong-royong mengecap rumah-rumah ibadat tanpa mengira agama,” katanya, ketika ditemui pada program itu.

Katanya, ilham asal program itu adalah daripada Menteri WIlayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansur yang mahu mencungkil semangat bersatu-padu dalam kalangan belia di bandar.

“Malah memang menjadi harapan semua anak-anak muda sama ada di Kuala Lumpur atau di luar Kuala Lumpur untuk sama-sama kita tanamkan semangat cintakan negara, semangat sayangkan negara dan saling hormat menghormati diantara sama sama lain,” kata Mohd. Razlan.

Program mengecat rumah ibadat itu juga kata beliau, dapat memupuk semangat saling memahami dan hormat menghormati antara agama di negara ini.

“Dengan harapan yang tinggi, diharapkan program seperti ini akan memupuk perasaan kasih sayang diantara rakyat Malaysia yang majmuk<” katanya.

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com