Suami Isteri Melancong Sambil Mengemis Di Sabah, Duduk Hotel Mewah

  Image result for pengemis kerusi roda di sabah

KOTA KINABALU – Pasangan suami isteri sanggup menagih simpati orang ramai semata-mata untuk menampung belanja mereka melancong di Sabah, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra.

Beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga Jordan berusia 56 tahun dan isterinya, warga tempatan berusia 46 tahun pada 10 Jun lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pasangan terbabit, asal Semenanjung, datang ke sini sejak 13 Mei lalu dan menginap di hotel mewah.

“Sepanjang berada di Kota Kinabalu, pasangan ini menginap di beberapa hotel dan terakhir di Grand Hotel Borneo, pada 3 Jun,” katanya, lapor Metro.

“Sejak pasangan ini datang pada 13 Mei lalu, mereka merayau-rayau di sekitar Kota Kinabalu dan kelihatan menagih simpati bagi mendapatkan sumber kewangan untuk makanan dan penginapan.

Taktik mereka terbongkar apabila lelaki itu dan isterinya yang menggunakan kerusi roda sebelum itu merayau-rayau di sekitar bandar menagih simpati awam dengan kisah sedih sehingga viral di Facebook.

“Pasangan itu selalu mendatangkan masalah terhadap masyarakat khususnya di Kota Kinabalu kerana mengharap ihsan orang lain untuk membantu mereka,” katanya.

Tambah Chandra, pasangan terbabit dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pagi kelmarin.

“Selepas ditahan dan disoal siasat, pasangan terbabit bersetuju untuk pullang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber: Harian Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com