Suami Adira Cadang Nak Tambah "Cawangan" Lagi?


MUNGKIN tidak ‘puas’ lagi dengan dua orang isteri, suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red dihimpit kontroversi lagi kerana dikatakan mahu berkahwin kali ketiga!

Dalam beberapa screenshot perbualan menerusi DM di Instagram yang kini tular di forum CARI, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dilihat dengan jelas menggoda seorang wanita dengan meminta gambar penuhnya.


Menurut seorang ahli forum berkenaan, kejadian itu berlaku sebelum Adira bersalin lagi dan semasa lelaki tersebut sedang bercuti di Phuket, Thailand bersama rakan-rakannya.

Jika dakwaan itu benar, kasihan Adira. Sudahlah baru sahaja melahirkan anak, suami pula cadang kahwin lain? Namun ia mungkin juga gosip nakal pihak tidak bertanggngjawab.

Untuk rekod, Adira pula pernah berkata bahawa dia reda saja kalau suaminya tiba-tiba mahu berkahwin baru kerana pinggangnya sudah tidak lagi ramping seperti zaman anak dara.

Adira juga berkata dia akan akur sahaja jika suaminya bercadang untuk berbuat demikian dan menyerahkan soal itu kepada Yang Maha Kuasa. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com