STAGG Rampas 1,431 Mesin Judi, Tahan 435 GRO

  Image result for Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme

KUALA LUMPUR - Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) merampas 1,431 mesin judi dan wang tunai RM20,591 dalam serbuan di 84 premis di seluruh negara menerusi Ops Dadu bermula 12 Jun lalu sehingga kelmarin.

Dalam Ops Noda pula, skuad itu melakukan 89 serbuan di seluruh negara dengan tangkapan sebanyak 435 orang terdiri daripada warga asing dan tempatan sepanjang tempoh sama.

Kejayaan pasukan tersebut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan syabas menerusi laman Twitter hari ini.

“Syabas STAGG@PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tangkap 461 orang dan rampas 1,431 komputer. #GoPDRMGo.

“Syabas lagi STAGG@PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 435 orang GRO (gadis pelayan pelanggan) dan tukang urut. #GoPDRMGo,” katanya.

Sumber: Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com