Sekat Kebebasan Bersuara, Lebih 1,000 Anak Muda "Ancam" Tinggalkan PPBM


ALOR SETAR - Lebih 1,000 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) 'mengancam' akan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu terus menyekat kebebasan ahlinya untuk bersuara.

Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar tidak menolak kemungkinan untuk  membawa keluar ahli muda PPBM yang menyokong beliau selepas kecewa dengan kepimpinan yang enggan membenarkan mereka bersuara. .  

Kata Hafiz, jika beliau bertindak keluar dari  parti yang diasaskan oleh  Tun Dr. Mahathir Mohamad
tersebut, lebih 1,000 ahli PPBM yang selama ini menyokongya juga akan berbuat demikian.

Menurut Hafiz lagi, dia amat  kecewa apabila beliau dan  ahli keluarga dihentam teruk di media sosial setelah mengadakan sidang akhbar  untuk mendapatkan  penjelasan Tun Dr. Mahathir mengenai kekayaan luar biasa anak-anak beliau dan juga skandal Nika Ghee yang didakwa membabitkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu Hafiz menyatakan kekesalannya  kerana salah memilih perjuangan (PPBM) .

 Sebelum ini  beliau menyangka  PPBM  adalah sebuah parti yang memberikan kebebasan  bersuara kepada anak muda, tetapi sangkaannya itu meleret.

Sebelum membuat keputusan meninggalkan parti, beliau akan membuat perbincangan dengan rakan-rakan terlebih dahulu sebelum mengambil keputuasan untuk meninggalkan parti,” katanya dalam sidang akhbar semalam. 

Sebelum ini Hafiz yang juga Pengerusi Biro Keselamatan Armada meminta Muh­yiddin tampil dan membersihkan nama dengan menafikan tuduhan skandal bersama seorang wanita.

Beliau juga mahu Dr. Mahathir menjelaskan mengenai kekayaan luar biasa anak-anaknya.

Berikutan itu, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu  Hafiz dirujuk kepada Lembaga Disiplin dan tindakan itu disokong pula oleh Timbalan Presiden PPBM,  Datuk Seri Mukhriz  Mahathir.
.
“Kepada anak muda yang mahu memilih PPBM sebagai landasan perjuangan mereka, saya nasihatkan lihat apa yang terjadi kepada saya terlebih dahulu sebelum mereka memilih parti ini,” katanya.

Menurut beliau, kebebasan bersuara untuk anak muda, demokrasi diperjuangkan PPBM  adalah satu pembohongan - Kedahnews.com

1 comment:

  1. Semoga Allah swt beri mereka kesedaran dan hidayah kerana tersilap percaturan dalam perjuangan yang tidak menentu arah tujuannya malah merugikan anak bangsa Aamiin

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com