Satu Kedah Kecoh Kanak-Kanak Tiga Tahun Diberi Dadah Di Alor Setar

  Image result for Kecoh! Kanak-Kanak Tiga Tahun Diberi Dadah Di Alor Setar

ALOR SETAR - Sebuah rakaman video menjadi tular di laman sosial dimana seorang kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun dipaksa menghisap dadah oleh bekas teman lelaki ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihak polis kini sedang dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa setelah mendapat laporan daripada neneknya yang menetap di Gurun.

“Pada Isnin lalu, nenek mangsa melihat tujuh rakaman video yang telah dihantar oleh seorang lelaki yang merupakan bekas teman lelaki menantunya. Di dalam rakaman tersebut, cucunya dilihat dalam keadaan tidak berbaju dan khayal selepas diberi dadah jenis syabu oleh suspek.

“Nenek mangsa tidak pasti sama ada kejadian dilihat melalui rakaman video tersebut benar atau tidak kerana cucunya tinggal bersama ibu kandungnya dan bukan dengan bekas teman lelaki ibunya,” katanya.

Justeru itu, nenek mangsa kini dalam usaha untuk menuntut semula hak penjagaan ke atas cucunya kerana bimbang mangsa akan terus dijadikan hamba dadah dan dipaksa melakukan perkara diluar kawalan.

Sementara itu, pihak polis kini sedang giat mengesan suspek yang telah dikenal pasti identitinya demi menyelamatkan kanak-kanak malang terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com