Pukul, Liwat: Reman Lima Remaja Dilanjut


GEORGE TOWN - Reman terhadap lima remaja dilanjutkan berhubung dakwaan mengenai seorang pelajar berusia 18 tahun, T. Nhaveen dipukul dan diliwat.

Perintah lanjutan sehari lagi dikeluarkan timbalan pendaftar, Ahmad Tajudin Zain untuk dua remaja, manakala yang lain dilanjut reman tiga hari.

Nhaveen dan rakan baiknya, T. Previin, 19, didakwa dipukul sekumpulan remaja menggunakan topi keledar.

Previin berjaya melarikan diri manakala Nhaveen cedera parah dan dibawa ke hospital kerana tidak sedarkan diri.

Pada Isnin, doktor yang merawat mangsa mengisytiharkan Nhaveen mengalami 'mati otak'.

Doktor kemudian memaklumkan keluarganya bahawa mangsa turut diliwat dan terdapat kesan lecur di belakang badannya.

Sumber : Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com