PRU14: PAS Jangka Sokongan Pengundi Bukan Islam Merosot


ALOR SETAR- PAS menjangka sokongan bukan Islam kepada parti itu bakal merosot pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akibat penamatan kerjasama politik dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan.

Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui menghadapi cabaran bagi menarik semula sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina kepada PAS.

Ini ditambah lagi dengan nyalaan api yang dibuat oleh DAP bagi menyekat bukan Islam terhadap PAS, kata Nik Abduh pada sidang media selepas sesi dialog (Program Munaqasyah) Ucapan Dasar Presiden di Kompleks PAS Kedah dekat sini, kelmarin

Bagaimanapun, Nik Abdul yakin kerenggangan hubungan PAS dengan bukan Islam hanya bersifat sementara kerana  hubungan peribadi dengan mereka tidak pernah terputus.

Beliau menyifatkan menyifatkannya apa yang berlaku itu umpama tembok untuk memisahkan golongan bukan Islam dengan PAS sudah pecah dan tidak boleh dibina mana-mana parti lagi.

"Cuma yang ada hanya nyalaan api yang dibuat oleh DAP untuk sekat sokongan bukan Islam terhadap PAS" kata beliau yang juga ahli Parlimen Pasir Mas.

Bagaimanapun beliau percaya api yang dinyalakan oleh DAP itu mudah dipadamkan dengan air kerana dalam Dewan Pemuda PAS mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam.

"Walaupun parti berpecah (PAS dengan DAP) tetapi hubungan peribadi tidak pernah pecan, kata Nik Abduh.

Beliau juga menolak dakwaan hubungan PAS akan mengambil masa 1,000 tahun untuk mendapatkan kembali sokongan Cina sebaliknya  yakin ia akan ambil masa pendek untuk mendapatkan sokongan itu.

Namun, Nik Mohamad Abduh tetap yakin dengan kekuatan PAS untuk menghadapi PRU14 nanti berikutan mendapat sokongan padu daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai kalangan bukan Islam serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

"Kita sudah ada Gagasan Sejahtera menerusi kerjasama politik bersama Ikatan. Dalam Ikatan pun ada pelbagai kaum terdiri kaum Cina dan India, lagi pula PCM (Parti Cinta Malaysia) di Pulau Pinang ada menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahtera, tetapi masih sedang dalam proses perbincangan," katanya.

"Cumanya kita akuilah sokongan itu (daripada bukan Islam) untuk PRU14 kita tidak akan dapat sebagaimana dalam PRU13 lepas," - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com