PM Lulus RM6 Juta Untuk Baiki Rumah Penduduk, Jalan Kampung di Perlis


KANGAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan peruntukan RM6 juta untuk membaik pulih rumah penduduk dan jalan-jalan kampung di seluruh negeri Perlis.

Katanya, sebanyak RM3 juta di guna untuk membaiki rumah dan RM3 juta digunakan untuk membina dan membaiki jalan kampung. 

Peruntukan itu diluluskan serta merta setelah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memohon jasa baik Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Akar Umbi di Dewan 2020 di sini semalam.

Selainitu,Shahidan juga memohon pertimbangan Perdana Menteri untuk membina sekolah berasrama, projek perumahan rakyat serta projek-priojek lain bagi kebajikan rakyat Perlis. 

Sementara itu Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri memberitahu berdasarkan gerak kerja parti, peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan Parlimen Kangar, Padang Besar dan Arau amat cerah.

Katanya sokongan padu  rakyat Perlis membolehkan  BN  mempertahankan tiga kawasan parlimen itu tanpa kalah sejak merdeka.

Beliau juga berharap semua kerusi Dewan Undangan Negeri juga mampu dimenangi oleh BN pada PRU14. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com