Pesara Bakal Cecah 1.5 Juta Orang Pada Tahun 2050

 Image result for najib

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah pesara kerajaan dijangka meningkat daripada 775,000 orang ketika ini kepada 1.5 juta pada tahun 2050.

Perdana Menteri berkata, jumlah itu seiring dengan trend peningkatan jangka hayat penduduk daripada 75 tahun kepada 85 tahun dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata, trend itu dijangka meningkatkan perbelanjaan kerajaan kepada pesara daripada RM20.35 bilion pada 2016 kepada RM100 bilion pada 2050.

“Kita sedang meneliti trend ini dan implikasi besar kepada masa depan negara yang melibatkan tuntutan untuk membuat pengubahsuaian kepada polisi dan dasar yang dijalankan kerajaan,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama 2,000 pesara kerajaan di Seri Perdana di sini, kelmarin.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com