Pertandingan Pelita Raya 2017 Diperluaskan


KEMAMAN  -Pertandingan Pelita Raya yang menjadi tradisi di beberapa kampung di sekitar Kuala Terengganu dan Marang kini diperluaskan ke daerah ini dan juga Besut, sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Program yang menceriakan suasana malam-malam terakhir Ramadan dan kemeriahan sambutan Aidilftri diberi nafas baharu dengan penganjuran oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT).

Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program di daerah Kemaman dan Besut akan diadakan pada 16 hingga 18 Jun manakala 19 hingga 21 Jun di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Sebanyak 42,000 diperuntukkan sebagai hadiah kepada para pemenang dengan sebanyak RM10,500 bagi setiap daerah. Juara akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib johan (RM2,000) dan ketiga RM1,000.

“Bagi tempat keempat hingga ke-10 akan mendapat sebanyak RM500 dan tempat ke-11 hingga 15 pula bakal menerima RM300,” ujarnya kepada pemberita di sini petang kelmarin.

Katanya, melalui pertandingan itu, ia turut mencabar kreativiti penduduk untuk bersama menghasilkan pelita dalam corak yang menarik termasuk menggunakan barangan terbuang, menerang dan mengindahkan persektaran kediaman dan kampung.

Menurut beliau tanpa pertandingan sekali pun, banyak kampung tradisional yang masih mengekalkan tradisi kemeriahan di bulan Ramadan, dan ini juga secara tidak langsung menarik kedatangan pengunjung luar. 

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com