Penjual Sayur Tempatan Terancam Oleh Warga Asing

  Related image

RAMAI pekerja asing yang sebelum ini bekerja di kebun sayur kini didapati bijak mencari peluang apabila memberanikan diri membuka gerai sayur secara haram di pasar-pasar besar di sekitar Kuala Lumpur.

Tindakan mereka sekali gus bukan sahaja menyekat rezeki penjual sayur tempatan, malah nyawa mereka turut terancam serta kerugian harta benda.

Perkara ini didedahkan Pengerusi Persatuan Penjual-Penjual Sayur Malaysia, Datuk Soo Cheng Kee seperti yang dilaporkan dalam China Press.

“Satu insiden telah berlaku di Kuala Lumpur minggu lalu apabila salah seorang ahli dalam persatuan kami telah dirompak dan dicederakan seorang penjual sayur haram yang dipercayai seorang warga asing.

“Ini membuktikan ancaman pekerja asing terhadap peniaga sayur telah semakin hari semakin serius. Persatuan kami telah membuat laporan kejadian itu kepada pihak polis dan akan mengemukakan laporan kepada Kementerian Dalam Negeri agar mengenakan tindakan segera untuk membanteras kegiatan pendatang asing tanpa izin ini,” katanya.

Dalam usaha mengurangkan jumlah pekerja asing tanpa izin di negara kita, Cheng Kee berharap kerajaan dapat membanterasnya dengan berjaya bagi memastikan tiada lagi golongan pekerja asing ini menggugat keselamatan dan sumber pendapatan peniaga sayur tempatan.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com