Peniaga Ukir Mall Mohon PKNK Kekalkan Diskaun Sewa 50%

 Image result for Peniaga Ukir Mall

ALOR SETAR - Para peniaga yang menjalankan perniagaan mereka di Ukir Mall di sini memohon belas kasihan dan ehsan daripada pihak kerajaan negeri agar terus mengekalkan kadar sewa di lot kedai di bangunan tersebut.

Peniaga, Abd Rahman Daud berkata, pihaknya berharap Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) supaya meneliti semula kadar sewa baharu yang bakal dikenakan kerana sebelum ini mereka mendapat  diskaun sebanyak 50 peratus seperti yang dipersetujui ketika Kedah dipimpin Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Kami terima notis pemakluman dari PKNK di mana kadar sewa baru akan dikuatkuasa Julai depan, keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan peniaga yang kebanyakan menyewa sejak ia dibuka,” katanya.

Bagi peniaga di Ukir Mall, sekiranya diskaun an keselesaan yang diberikan sejak bertahun-tahun itu dimansuhkan, ia sedikit sebanyak memberi bebanan dan impak kepada peniaga ekoran aktiviti peniagaan yang kurang maju sejak kebelakangan ini.

“Jika sewa pun dah tinggi, memang bebankan kami, kalau boleh minta PKNK tinjau perniagaan di sini bukannya rancak, terutama sebelum kedatangan peniaga Pekan Rabu. Selepas mereka pindah semula ke bangunan baru Pekan Rabu, kami bimbang suasana kembali suram,” katanya.

Menurut Abd Rahman,  notis kenaikan kadar sewa asal bagi 90 lot kedai dan medan selera Ukir Mall telah diterima pada 22 Mac yang lalu.

“Kadar sewa yang diberikan potongan 50 peratus tamat pada 31 Disember 2016, kadar sewa penuh adalah berdasarkan saiz kedai, antaranya sehingga RM1,500. Bukan tak mau bayar, tetapi ekonomi sekarang pun gawat,” ujarnya lagi.

Segelintir peniaga kecewa kerana kenaikan yang mahu dilakukan tersebut mahu diadakan tanpa sebarang rundingan selain tidak disertakan perjanjian baharu secara bertulis. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com