Penduduk Berpesta Kutip Tepung Di Pantai Melaka

 Image result for Penduduk Berpesta Kutip Tepung Di Pantai Melaka

ALOR GAJAH – Ratusan penduduk di sekitar Kampung Teluk Gong, Kuala Sungai Baru di sini berpusu-pusu mengambil ribuan peket tepung pulut dan tepung beras yang terapung di perairan jeti nelayan kampung itu sejak petang kelmarin.

Ribuan peket itu dikatakan terapung selepas pintu sebuah daripada lima kontena terbuka ketika ditunda oleh bot nelayan kira-kira 20 batu nautika dari pantai Telok Gong.

Kontena itu dipercayai dibawa kapal dagang MV Avatar yang karam di perairan antarabangsa Tanjung Kling ketika dalam pelayaran dari Medan ke Batam, Indonesia pada Rabu lalu.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com