Penderitaan Osman, Siti Zabedah Sentuh Hati Perdana Menteri


JITRA - Berat  mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.....

Penderitaan suami isteri yang kurang upaya menyentuh hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor semasa mereka menziarahi pasangan itu di Kampung Kodiang Lama Luar, Mukim Keplu di sini petang semalam.

Osman Jusoh, 77, dan isterinya Siti Zabedah Saidin, 69, yang yang cacat itu bagaimanapun bernasib baik kerana mereka dijaga oleh anaknya, Intan Zuliana, 31.

Perdana Menteri dan isteri serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad meluangkan masa ke rumah pasangan itu sambil menyampikan sumbangan Aidilfitri.

Kehadiran Perdana Menteri itu turut mengharukan pasangan berkenaan yang tidak menyangka akan dikunjungi oleh orang kenamaan. 

Perdana Menteri berada di Kedah petang semalam untuk melancarkan projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 dan berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Kampung Pering, yang terletak di kawasan Parlimen Jerlun. 

Najib juga kemudian menunaikan solat Isyak dan solat tarawih bersama 500 orang penduduk  di Masjid Al-Hidayah, Bukit Pinang di Kepala Batas dekat sin sebelum berlepas pulang ke ibu negara. Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com