Pemandu Malas Redah Masuk Kedai


BEIJING - Semata-mata mahu menjimatkan masa untuk meletakkan kereta, seorang pemandu lelaki bertindak melulu apabila meredah masuk sebuah kedai serbaneka di timur China, baru-baru ini.

Menurut laporan media China, rakaman kamera litar tertutup di kedai di Zhenjiang, wilayah Jiangsu pada Sabtu lalu menunjukkan kereta berwarna kelabu itu memasuki kedai berkenaan.

Rakaman itu telah dikongsikan oleh portal People’s Daily di akaun Twitter pada Selasa lepas tetap tidak dapat dikenalpasti lokasi tepat insiden itu.

Berdasarkan rakaman itu, kelihatan pekerja yang menjaga kedai runcit itu terkejut dan bergegas bangun untuk melayan pemandu kenderaan tersebut.

Dia kemudian mengambil beberapa barang dari rak dan memberi kepada pemandu sebelum mengambil wang tunai dan memulangkan bakinya.

Kereta itu kemudian mengundur dengan perlahan keluar dari kedai dengan diawasi oleh pekerja itu dan melambaikan tangan.

Pemandu itu membeli satu paket kentang goreng dan sebotol yogurt, menurut laporan akaun Weibo Sina.com.

Pemandu itu tidak keluar dari keretanya kerana sudah lewat malam dan hujan.

“Bagi dia markah A kerana kreatif!,” tulis seorang pengguna Twitter, AhasOConnor.

Liuyiqiu, pengguna Weibo yang tinggal di Jiangsu menulis, “Perkhidmatan kedai runcit itu sangat bagus.”–

Sumber : South China Morning Post.



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com