Pemandu Grab Biadab Kutuk Pelanggan Dari China

  Image result for video Pemandu Grab Biadab Kutuk Pelanggan dari china 

KUALA LUMPUR – Satu video menjadi tular apabila memperlihatkan satu rakaman video yang melibatkan seorang pemandu Grab.

Dalam video tersebut, pemuda tersebut membawa dua orang pelancong yang dikatakan berasal dari China.

Namun, ekoran dari masalah komunikasi, pemandu terbabit memaki hamun pelancong tersebut dalam bahasa melayu.

“Hari ada bawa pelanggan dari China.

“Dia daripada ketumbit, bodoh ini, dia orang pakai baju belang ini.

“China anak musibat, sangat bangus, Kita ada customer China bodoh-bodoh macam ini,” katanya dalam rakaman tersebut.

Video yang berdurasi 1 minit 15 saat ini nyata menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka bengang dengan tindakan lelaki terbabit.

“Besyukurlah sikit Allah bg rezeki ada penumpang naik Grab kau setannnnn.. perangai macam lanun! Mcm batak baru kluar gua! Tak pernah belajar adab ke apa? Asik dok bekawan dgn binatang je ni la jadinya.. no manners!!” tulis Kemboja Chalysta.

“Kesian. Konon nak bagi viral buat lawak la konon. Padahal kebodohan sendiri yang nampak. Kesian. Bodoh  tak bagi kat orang.” ujar Gee Yahaya .

“Bodoh perangai, broken english tu tak per bro, tapi melampau sgt g maki-maki tourist camtu, ingat lawakla dahla jongos, prangai hancus. Pdn muke kene viral,” kata Nur FereidaFerdaus.

Video tersebut mendapat 96 ribu tontonan.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com