Pekerja Kuari Maut Terjatuh Ke Dalam Sungai


SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kuari pasir maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melintas sungai terbabit untuk menyelenggara pam penyedut pasir di Kampung Lubuk Kiab dekat sini pagi semalam.

Komander operasi mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Aslam Yusof berkata mayat Mohd Shafik Mohd Fadhil, 32, ditemui di dasar Sungai Muda kira-kira pukul 3.52 petang tadi oleh pasukan penyelam.

"Kami menerima panggilan kira-kira pukul 11.56 pagi tadi(semalam) memaklumkan bahawa seorang lelaki telah terjatuh ke dalam sungai ketika cuba menyeberangi sungai untuk menyelenggara pam penyedut pasir.

"Mangsa kemudiannya ditemui di dasar sungai oleh dua penyelam dan dinaikkan ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com