PAN Ingatkan Umat Islam Bahawa Kaum Cina Beri Limau Pada CNY


KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kaum Melayu bahawa kaum Cina masih sanggup berkongsi keceriaan perayaan mereka dengan mengedarkan limau kepada kaum Melayu walaupun mereka menerima layanan buruk daripada segelintir orang Melayu pada bulan Ramadan.

Sehubungan itu, TImbalan Presidennya, Salahuddin Ayub meminta kaum Melayu supaya menjadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk mereka melakukan amal kebaikan seperti kaum Cina tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

“Sewaktu bulan Ramadan kita halang mereka edar kurma, bila tiba Hari Raya Cina, mereka masih sudi untuk berkongsi keceriaan perayaan mereka dengan edaran limau kepada semua tanpa mengira bangsa dan perbezaan.

“Sangat mengharapkan dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini kita perhebatkan hubungan kita kepada Tuhan dan juga hubungan sesama manusia. Saya percaya kita rakyat Malaysia yang lebih baik dan bertamadun daripada apa yang telah berlaku baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas insiden pemimpin DAP dihalang oleh orang Melayu termasuk seorang imam dairpada memasuki sebuah Bazar Ramadan di Johor dengan alasan untuk memberi sumbangan buah kurma kepada umat Islam di situ baru-baru ini.

Kaum Melayu terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tidak mahu DAP mengambil kesempatan daripada bulan puasa untuk berkempen di Bazar Ramadan yang menjadi tempat untuk umat Islam menjual dan membeli juadah berbuka puasa.

Salahuddin seterusnya mengingatkan rakyat Johor beragama Islam supaya memiiki akhlak yang tinggi dalam kehidupan kerana perbuatan seperti itu didakwa mencemarkan imej Islam dalam bulan puasa.

“Kita rakyat Johor dan Malaysia perlu mencontohi akhlah Nabi Muhammad SAW dalam berhadapan dengan pelbagai pihak,” katanya. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com