Pakatan Harapan Sambut Baik Kerajaan Kedah Tanggani Krisis Air


ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) menyambut baik langkah sementara dan persiapan yang diambil oleh kerajaan negeri Kedah dalam mengatasi kesulitan bekalan air pada bulan puasa dan musim perayaan ini.

PH negeri yang diwakili PKR, PAN dan DAP dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, langkah drastik yang diambil oleh kerajaan itu diharap dapat melegakan dan memberi  keselesaan kepada penduduk termasuk para perantau yang pulang berhari raya di kampung halaman. 

"Kami akan turut memantau situasi krisis air ini dengan harapan SADA akan melaksanakan semua langkah yang telah dirancang secara berkesan," kata kenyataan itu yang disampaikan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) negeri Kedah , Datuk Dr. Ismail Salleh pada sidang media di sini semalam. 

Menurut Dr. Ismail,  sekarang bukannya masa untuk betelagah atas sentimen politik kepartian tetapi memastikan warga Kedah menyambut Aidilfitri dengan gembira. 

Walalupu bagaiamanapun wakil-wakil rakyat daripada kalangan Pakatan Harapan belum puas hati dengan langkah drastik  yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menanggani masalah bekalan air pada perayaan Aidilfitri di negeri ini 

Dalam hal ini Pakatan Harapan juga berharap dapat mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan SADA  dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung langkah-langkah yang akan diambil.

Minggu lepas  Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menjelaskan  bahawa semua 36 Dewan Undangan Negeri akan menerima agihan air itu secara adil dan tanpa pilih kasih, baik di DUN  yang diwakili kerajaan mahupun pembangkang.

Malah dalam taklimat SADA kepada ADUN memaklumkan bahawa beratus buah lori tangki disediakan untuk mengangkut  air termasuk ke 173 kawasan kritikal selain membuka pusat aduan setempat di kawasan yang dikenalpasti bermasalah.  

Dr. Ismail berkata lagi, langkah yang  diambil oleh kerajaan dan SADA menyediakan hampir 2,000 tong besar dan beratus lori tangki untuk mengangkut air telah memberi sedikit kelegaan kepada pengguna.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang hadir pada sidang akhbar itu tetap 
menyalahkan kerajaan sekalipun berbagai langkah diambil untuk mengatasi  masalah air di negeri ini termasuk di kawasan yang diwakili belaiu.

Mahfuz juga 'mengugut" untuk mengajak rakyat termasuk perantau menunjuk perasaan dengan membawa baldi ke kediaman rasmi Menteri Besar sekiranya bekalan air masih terputus pada hari raya ini. - Kedahnews.com


  


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com