Padam Atau Kami Ambil Tindakan - Waris


ADUH, belum pun sempat dilancarkan secara rasmi, lagu pasukan bola sepak Negeri Sembilan ciptaan Waris sudah pun dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab.

Waris menerusi Instagram miliknya memberi amaran terhadap seorang individu agar memadam lagu tersebut daripada akaun YouTube peribadinya.

Jika tidak, pihaknya akan megambil tindakan undang-undang terhadap perkara berkenaan.

"Kepada Shakirin, tolong jangan keluarkan lagu ini. Turunkan secepat mungkin atau saya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan ambil tindakan undang-undang ke atas anda. Sudah dua kali, sebelum ini di Facebook #amaran #amaran #amaran," tulisnya.

Menurut penyanyi lagu Gadis Jolobu ini, ia merupakan kali kedua lagu tersebut cuba dibocorkan kepada umum.

Bagaimanapun, lagu berdurasi 3.44 minit itu sudah dipadamkan daripada laman Youtube individu tersebut.

Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa marah dan geram terhadap kebocoran lagu berkenaan.

@offxcial9: Video ni dah banyak kongsi-kongsi dalam group.

@ayed_fni: banyak dah, macam mana nak delete boss. Ambil tindakan saja.

@einasaad_86: Sebelum dia buat kali ketiga, baik ambil tindakan, Koba kek dio...jangan ghoma memandai-mandai (khabar pada dia, jangan gemar memandai-mandai).

@fazmi_md: Lindungi hak cipta sendiri, ada saluran yg betul ehh... sambil ambil tindakan yang sepatutnya.

Terdahulu, penyanyi dan komposer ini pernah memberitahu mStar Online, lagu berkenaan merupakan kerjasamanya dengan PBNS.

Lagu tersebut dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi berikutan masih dalam proses penggambaran muzik video.

Sumber : Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com