Padah Main Mercun Buatan Sendiri, Lelaki Usia 47 Hancur 3 Jari

 Related image

KOTA BHARU – Gara-gara mela­kukan eksperimen dengan mengubah suai belerang mercun bola dan dimasukkan ke dalam sebatang besi, seorang lelaki hancur tiga batang jari ta­ngan kiri selepas terkena letupan di Kampung Kutan Tengah, Pasir Mas dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam, Wan Rodzi Wan Dullah, 47, cedera pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan tapak tangan kiri selepas mercun yang diubah suai tersebut tiba-tiba meletup.

Wan Rodzi yang bekerja sendiri berkata, sebelum kejadian dia mencampurkan belerang dari mercun bola dan memasukkan ke dalam sebatang besi sebelum meletakkan satu sumbu.

“Ketika membakar sumbu mercun itu di hadapan rumah, ia tiba-tiba meletup dan saya tidak sempat melemparkannya ke arah lain.

“Tangan kiri saya terasa amat sakit. Ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu saya hancur akibat terkena serpihan besi dan letupan belerang tersebut,” katanya ketika ditemui di Hospital 

Sumber: Harian Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com