Nora Danish Mengaku Tak Suka Masak


JIKA anda sentiasa mengikuti perkembangan Nora Danish di Instagram, anda pasti tahu Nora suka kongsikan video atau gambar suaminya, Nedim Nazri Aziz memasak.

Walaupun sekadar berkongsi rasa gembira mempunyai suami yang rajin memasak, namun lain pula yang difikirkan netizen: “Nora tu tak reti masak ke?” soal mereka di dalam ruangan komen.

Menjawab persoalan tersebut, ini jawapan Nora, “Saya tidak gemar memasak tetapi Nedim lebih gemar berada di dapur. Saya lebih suka mengemas kerana bagi saya ianya terapi untuk menghilangkan tekanan setelah seharian penat bekerja.

Katanya, sejak berkahwin dia selalu makan sedap-sedap hasil masakan suaminya sehingga badannya naik sedikit dan membuatkan ramai yang bertanya adakah Nora sedang hamil.

Kata Nora lagi, kepakaran Nedim dalam memasak membuatkan mereka jarang makan di luar dan lebih senang menikmati hidangan yang dimasak di rumah sahaja.

“Tambah menarik lagi, suami saya memang pakar dalam soal memasak. Jujur saya katakan, dia lebih banyak memasak di rumah berbanding saya dan masakannya boleh membuatkan saya tidak mahu makan di luar langsung,” jelasnya kepada sebuah akhbar harian mengenai perkara tersebut.

Baguslah Nora dapat suami yang pandai melayan tekak isteri. Bukan senang nak dapat lelaki yang boleh sediakan makanan untuk isteri dan keluarga kan zaman sekarang ni, jadi kita perlu happy lah juga lihat Nora bahagia. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com