Neelofa, Mira Filzah, Janna Nick Antara Artis Cemerlang SPM


Tidak ramai yang tahu bahawa beberapa artis dan selebriti yang boleh dikategorikan sebagai 'baru' berkecimpung di dalam industri hiburan tanahair sebenarnya mempunyai "otak yang bergeliga" dan cemerlang di dalam pelajaran.

Sebagaimana firman Allah SWT yang mafhumnya, Allah mengangkat taraf kemuliaan mereka yang beriman kepadaNya dan mereka yang berilmu itu kepada beberapa darjat yang lebih tinggi.

Berikut pula adalah pencapaian 5 artis dan selebriti baru yang telah mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan penting, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang dipetik dari sumber, Astro Awani.

1) Neelofa

Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi

Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.

Dia yang kini merupakan antara jutawan muda hasil perniagaan yang diceburinya sebelum ini telah berjaya memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006 dan antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.

Bukan setakat SPM sahaja, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).

Pelakon kelahiran negeri Kelantan itu kemudiannya telah melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama (KDU) sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

2) Mira Filzah

Tahun: 2010
Keputusan: 8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis ini pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM kira-kira tujuh tahun lepas.

3) Janna Nick

Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: MRSM Pendang, Kedah

Nurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Bekas pelajar MRSM Pendang, ini telah memperoleh keputusan 6A dan 2B dalam peperiksaan tersebut.

4) Ezlisa Loy

Tahun: 2013
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras

Ezlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 21, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).

Ezlisa memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.

Dia merupakan adik kepada pelakon Elfira Loy.


5) Soo Wincci

Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Penyanyi dari kaum Tiong Hua berjaya itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

Soo Wincci kini merupakan seorang pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan yang diperoleh dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Malah, dia juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com