Neelofa Minta Jangan Dikaitkan Lagi Dengan Fattah


MAHU move on dan fokus terhadap masa depan, Neelofa enggan pandang belakang lagi tentang kisah cinta tidak kesampaiannya dengan pelakon Fattah Amin.

Mantan pasangan kekasih yang mulai rapat apabila bergandingan bersama menerusi drama ‘berhantu’ Surihati Mr. Pilot namun hubungan mereka terputus akibat sebab-sebab tertentu.

Meskipun telah tiada apa-apa hubungan, peminat fanatik pasangan yang digelar Lofattah ini masih belum mampu menerima kenyataan bahawa tiada jodoh antara mereka.

Mungkin sudah tidak tahan kerana asyik didesak agar hubungan mereka kembali bertaut, Neelofa memohon agar para peminatnya tidak mengaitkan Fattah dengan dirinya lagi.

“Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tiada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal itu.

“Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu. Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar.

“Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap, atas semangat Ramadhan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah “begini” dibangkitkan,” katanya.

Nampaknya memang Neelofa sangat yakin tidak nampak masa depannya bersama Fattah. Jadi peminat pun perlulah faham dan janganlah terlalu mendesak.

Dahsyat sungguh chemistry di antara mereka berdua ini sehingga peminat sanggup membuat fanpage yang didedikasikan khas untuk menyatukan mereka berdua kembali.

Terkini, Fattah dikatakan sudah bahagia dengan cinta baharunya iaitu Fazura yang turut bergandingan dengannya menerusi drama Hero Seorang Cinderella. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com