Muhyiddin Dicabar Jawab Dakwaan Exco Armada Sebelum Sentuh Isu DOJ


KOTA BHARU - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab isu skandalnya sebelum menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) turut meminta Muhyiddin menjelaskan harta kekayaan yang dimiliki anaknya.

“Saya cabar, sekiranya benar dia (Muhyiddin) mahu jadi pemimpin bermaruah, jawab dulu tuduhan yang dikemukakan Exco Armada Bersatu, Mohamed Hafiz Azhar mengenai skandal Nika Ghee dan harta kekayaan kaum keluarganya.

“Kalau dia tak mampu jawab, dia tidak layak menyentuh isu DOJ dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta 1MDB,” katanya kepada pemberita pada Program Kasih Ramadan di Hotel Perdana, di sini, kelmarin.

Mohd Puad berkata, beliau menganggap Muhyiddin hanya menangguk di air keruh dengan menggunakan kenyataan DOJ untuk memfitnah Perdana Menteri.

Beliau juga mempersoalkan  tindakan Muhyiddin menggunakan isu DOJ sebagai bahan menyerang pemimpin negara.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com