Modric Ke Mahkamah Jadi Saksi Kes Rasuah


ZAGREB - Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric muncul di sebuah mahkamah di sini selepas dipanggil sebagai saksi bagi kes rasuah melibatkan jutaan euro membabitkan bekas pengerusi kelab Croatia, Dinamo Zagreb.

Modric, 31, memberi keterangan dari kandang saksi berhubung bukti-bukti yang ada padanya pada perbicaraan kontroversi orang paling berpengaruh dalam bola sepak di Croatia iaitu Zdravko Mamic.

Mamic didakwa bersama tiga yang lain iaitu abangnya yang juga bekas jurulatih Dinamo Zagreb, Zoran Mamic, bekas pengarah kelab, Damir Vrbanovic dan seorang pegawai cukai atas pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan rasuah bernilai 15 juta euro (RM74j) kebanyakan berkaitan penjualan pemain. Modric merupakan salah seorang pemain yang terbabit dalam penjualannya dari kelab itu ke Tottenham Hotspur pada 2008 sebelum ke Real Madrid pada 2012. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com