Menteri Indonesia Tidur Di Lapangan Terbang


JAKARTA - Sekeping gambar menunjukkan Menteri Perikanan dan Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti tidur di atas sofa di ruang menunggu di Lapangan Terbang John F. Kennedy di New York, Amerika Syarikat (AS) menjadi tular di media sosial pada Isnin.

Ramai netizen menggelarkan beliau sebagai wanita cekal.

Susi dilaporkan tertidur di ruang rehat VIP lapangan terbang itu selepas menghadiri satu persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Ahad.

Gambar tersebut dimuat naik di Facebook Jim B. Aditya pada Isnin.

"Wanita cekal ini berhak digelar sebagai ibu laut Indonesia," menurut keterangan gambar yang dimuat naik Jim. 

Sumber : The Jakarta Post/Asia News Network 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com