Mahathir Terbukti Bukan "Senjata", Tapi Liabiliti Kepada Pakatan


ALOR SETAR - Tindakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terang-terangan menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuktikan Pakatan Harapan sememangnya berdepan krisis kronik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata krisis keyakinan dan kepemimpinan yang melanda Pakatan Harapan itu berisiko menjadi "kudis" yang kekal dan sekali gus menjadi penghalang utama rakyat untuk memberi mandat kepada kepemimpinan gabungan pembangkang itu pada PRU yang akan datang.

"Perkara ini sememangnya sudah dijangka dan Pemuda UMNO Kedah sendiri tidak yakin sama sekali dengan keupayaan bekas Perdana Menteri itu untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang bakal dibentuk, terutama atas dasar faktor umur dan pendirian 'U Turn' yang memperlihatkan prinsip mudah dijual beli.

"Pemuda UMNO Kedah juga hairan dan terkejut sama sekali apabila kepimpinan pembangkang sanggup mempertimbangkan cadangan itu...

"Hakikatnya PPBM masih lagi mentah, tetapi mempunyai nafsu politik yang besar kerana mahu menjadi pemain utama politik adu domba pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


Shaiful Haziziy berpandangan bahawa kehadiran PPBM di dalam Pakatan Harapan hanyalah sekadar memburukkan keadaan pihak pembangkang dan bukan menjadikan mereka bertambah kuat seperti yang didakwa.

Beliau menjelaskan bahawa tanggapan bahawa Mahathir kononnya merupakan 'senjata' politik baru adalah tidak betul, sebaliknya kedudukan Mahathir hanya menjadi liabiliti baharu politik kepada Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu.

"Kenyataan yang tidak konsisten dan pada masa sama integriti kekayaan luar biasa keluarga boleh menjadi barah baharu di dalam pakatan pembangkang.

"Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa pakatan pembangkang mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik walaupun dengan ketiadaan Mahathir," ujar beliau kepada media.

DAP dan PKR sebelum ini lantang membantah kenyataan Mahathir yang mengatakan beliau sedia untuk menjadi Perdana Menteri semula sekiranya menjadi pilihan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com