Lemang Pandu-Lalu Jadi Tumpuan Di Sabah


KOTA KINABALU -Diinspirasi daripada konsep pandu lalu yang diterapkan di restoran makanan segera terkemuka, Pengusaha Lemang Drive Thru, Abdul Qahhar Bujang 31, menerapkan idea yang sama pada perniagaannya yang beroperasi di kawasan Cybercity, Kepayan dan Lok Kawi di sini.

Konsep ini menjadi pilihan bagi memudahkan para pelanggan yang ingin membeli lemang pada saat akhir sebelum berbuka puasa mahupun menyambut hari raya tanpa perlu berjalan jauh dan mencari tempat parkir.

Di sini pelanggan berpeluang membeli lemang yang dijual pada harga antara RM10 hingga RM15 mengikut saiz. 

Selain itu, Abdul Qahhar turut menjual rendang ayam dan rendang daging serta pulut kuning yang dimasak menggunakan resipi keluarga turun temurun.

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com