Lelaki Maut Angkara Langgar Lampu Isyarat Di Sungai Petani

 Penunggang motor maut bertembung Alza

ALOR SETAR - Seorang penunggang motosikal maut kerana melanggar lampu isyarat sebelum bertembung dengan sebuah kereta Perodua Alza.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 63 Jalan Persekutuan Alor Setar-Butterworth kira-kira jam 4 pagi kelmarin itu melibat sebuah Perodua Alza yang dalam perjalanan ke arah Sungai Pasir.

Kemalang berlaku ekoran daripada sikap gagal untuk mematuhi lampu isyarat merah hingga mengakibatkan mangsa bertembung dengan Perodua Alza terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Saifi Abd Hamid berkata, mangsa sepatutnya mematuhi peraturan jalan raya dan berhenti ketika lampu merah, namun akibat keengganan tersebut, mangsa maut di lokasi kejadian.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com