Lelaki Cacah Dahi Remaja Kerana Mencuri

 

RIO DE JENIRIO - Seorang pelukis tatu di sini ditahan polis selepas dia mencacah tulisan ‘saya pencuri’ pada dahi seorang remaja lelaki yang ditangkap mencuri.

Maycon Wesley menangkap remaja berkenaan yang cuba mencuri basikal daripada seorang lelaki cacat.

Wesley mengarahkan remaja itu duduk di kerusi sebelum merakamkan video dia mencacah dahi remaja berkenaan.

Dia menulis perkataan dalam bahasa Portugis: ‘Eu sou ladrao e vacilao,’ yang bermaksud ‘saya pencuri dan seorang yang gagal’.

Wesley juga bertanya kepada remaja itu adakah dia menyukai ‘hasil seni’ berkenaan.

Sumber: Harian Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com