Lagi Mayat Ditemukan Dalam Kejadian Tembak Di Pattani


PATTANI  - Pihak berkuasa Thailand menemukan satu lagi mayat remaja yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika berburu di Kampung Tolang, Yaring di wilayah bergolak itu pagi baru-baru ini.

Penemuan mayat remaja lelaki berusia 13 tahun kira-kira pukul 10 pagi tadi waktu tempatan, menjadikan angka korban insiden tembakan itu kepada tiga orang.

“Mayat mangsa yang hilang itu ditemukan kira-kira 120 meter dari tempat kejadian. Terdapat kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa,” kata Ketua Polis Yarang Kol Monteri Kongwadmai kelmarin.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan tentang motif kejadian yang berlaku pada 11.50 pagi itu dan telah menemu ramah dua remaja yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua remaja yang terbunuh semalam berusia 18 dan 19 tahun, dan katanya, kesemua remaja itu berasal dari Panarek, Pattani. -BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com