Kredibiliti DoJ Dipertikaikan, Jangan Sekadar Buat Kenyataan

KUALA LUMPUR - Kredibliti Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat boleh dipertikaikan kerana sering mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan persepsi buruk terhadap pemimpin negara ini,

Sebaliknya DoJ gagal mengambil sebarang tindakan seperti dakwaan di mahkamah terhadap mana-mana pihak yang dikaitkan dengan salah laku dalam 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sikap yang ditunjukkan oleh DoJ dalam mengendalikan isu mengenai 1MDB amat mengecewakan kerana secara tidak langsung membiarkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan bagi memburukkan imej pemimpin negara.

“Saya mahu nasihatkan DoJ, jika mempunyai bukti-bukti yang kukuh, dakwalah dan jangan sekadar keluarkan kenyataan-kenyataan sahaja tanpa mengambil tindakan. Jika ada dakwaan di mahkamah, orang yang didakwa itu boleh tampil untuk membersihkan nama mereka.

“Kalau sekadar mengeluarkan kenyataan sahaja tanpa mengambil tindakan, kredibiliti mereka boleh dipertikaikan,” katanya semasa sidang akhbar selepas hadir ke perjumpaan bersama setiausaha-setiausaha UMNO bahagian di sini kelmarin 

Sumber : Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com