KidZania Rai 200 Kanak-Kanak, Pelarian Rohingya


KUALA LUMPUR - Hujung minggu bagi 200 kanak-kanak termasuk sebahagian komuniti pelarian Rohingya lebih ceria apabila diberi peluang merasai pengalaman pembelajaran di KidZania Kuala Lumpur (KZKL) kelmarin.

Pengurus Besar KZKL, Shahrul Nizar Ahmad berkata, program Semarak Ramadan yang masuk tahun ketiga anjuran Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn. Bhd. (TAR&H) merupakan acara berterusan bagi meraikan golongan kurang bernasib baik.

Katanya, kesempatan pada Ramadan ini jadi platform baik untuk mendekati mereka termasuk 98 orang anak-anak pelarian Rohingya bagi memberi peluang merasai sendiri proses pembelajaran dalam suasana hiburan yang interaktif.

“Keceriaan dan perasaan teruja jelas terpancar di wajah mereka sebaik memasuki taman tema interaktif itu dengan bimbingan lebih 20 sukarelawan terdiri daripada kakitangan TAR&H untuk merasai pengalaman memilih kerjaya diminati.

“Keseronakan mencuba dan merasai pendedahan dalam pelbagai aktiviti lakon-peranan buat mereka leka dan tidak puas bermain sehingga tidak sedar masa yang diperuntukkan tamat,” katanya yang turut berbuka puasa bersama di sini kelmarin.

Turut diraikan anak-anak daripada Rumah Charis-Children’s, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Rumah Kasih Harmoni serta kanak-kanak pelarian Rohingya yang diundang khas mewakili Jaringan Pembangunan Wanita Rohingya. 

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com