Kerajaan Negeri Kedah Ganti Paip Uzur Kepada Baru Secara Berperingkat

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah komited mahu merubah nasib rakyat dan memberi sinar baru dalam kehidupan mereka yang keruh kerana sebelum ini kerap dibelenggu dengan masalah bekalan air yang tidak mencukupi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara menukar sistem paip air yang sudah lama dan uzur secara berperingkat.

Ini ekoran daripada masalah kebocoran yang kerap berlaku hingga mengakibatkan  bekalan air tidak sampai kepada pengguna, selain saluran paip terlalu uzur, perkara tersebut turut mendorang kepada kegagalan menahan tekanan tinggi air.

"Pertukaran sistem perpaipan itu akan dijalankan secara serentak dengan projek menaik taraf loji-loji rawatan air, " katanya.

Projek tersebut akan melibatkan beberapa kawasan seperti Loji Rawatan Air Pelubang, Bukit Selambau (Merbok), Sungai Limau (Baling), Lubuk Buntar Lama dan Loji Rawatan Air Jenun Baru (Yan dan Pendang). 

Selain itu, Menteri Besar turut mengetengahkan beberapa inisiatif lain sebagai saringan untuk menampung kegagalan sistem saliran air yang kerap berlaku di negeri tersebut.

"Kerajaan negeri bersama-sama Syarikat Air Darulaman (SADA) Sdn Bhd telah mencari jalan penyelesaian  membuat persediaan terbaik berhubung isu air ini.

"Kita turut membekalkan lebih 2,000 tong air berkapasti 900 liter kepada penduduk yang terjejas akibat tekanan air rendah menjelang Aidilfitri ini bagi memastikan bekalan air sentiasa ada," katanya lagi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com