Kena Ugut Kerana Garang

  Image result for Bella Nazari

Resam industri lakonan tempatan, sekali diberi watak antagonis, sampai bila-bila pun akan ditawarkan watak itu. Ambil contoh Seniwati Siput Sarawak, Rosnah Mat Aris, Pablo Amirol, Yuzz Jemang dan ramai lagi.

Mereka bukan saja dibenci, malah ada segelintir peminat pernah meludah dan memarahi mereka.

Tidak ketinggalan penyanyi dan pelakon, Bella Nazari, 30, yang popular dengan watak itu melalui drama Hati Perempuan dan Duda Terlajak Laris, dua tahun lalu.

Bella akui tidak kesah sering diberi watak jahat (antagonis) dan melihatnya sebagai teknik pemasaran untuk pastikan dirinya kekal relevan dalam industri.

“Kalau menyanyi sahaja, sasaran pada kelompok tertentu. Kalau berlakon pula akan sering muncul di TV. Jadi, orang akan mula kenal,” katanya.

Bagi memastikan ada kelainan pada karakter, anak kelahiran Kangar, Perlis ini akan berbincang dengan jurusolek dan pengarah.

Sumber: Harian Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com