Kedah Umum RM1,000 Bantuan Khas Raya Untuk 5,000 Penjawat Awam


ALOR SETAR - Kira-kira 5,000 orang penjawat awam Negeri Kedah tentunya ceria  untuk menyambut Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini  setelah mesyuarat Exco hari ini meluluskan pemberian bantuan khas raya sebanyak RM1,000.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din memberitahu, bayaran berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini.

Kata Bakar lagi, keputusan memberikan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 itu dibuat pada mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, di Wisma Darulaman petang ini. 

Pembayaran bantuan khas Hari Raya  untuk penjawat awam negeri ini melibatkan peruntukan yang dianggarkan lebih RM5 juta. 

" Kerajaan berharap bantuan khas ini akan dapat membantu menringankan beban dan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini," kata Bakar dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini kerajaan Persekutuan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara sementara RM250 untuk lebih 700,000 pesara.

Pada minggu lepas Ahmad Bashah membayangkan kerajaan negeri akan memberikan bantuan khas Hari Raya melebihi daripada yang diputuskan oleh kerajaan Persekutuan.

Selain Kedah, Johor juga mengumumkan pemberian bonus hari raya RM1,000 kepada penjawat awam di negeri itu tahun ini. - Kedahnews.com 




1 comment:

  1. Kerajaan negeri selangor lagi best bonus raya 2 bulan gaji pada penjawat awam....hidup azmin hidup keadilan hidup pembangkang

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com