Kedah Taja 10 Bas Bawa Pulang Mahasiswa Sambut Aidilfitri Di Kampung


ALOR SETAR - Anak Kedah yang berada di perantauan, khususnya para pelajar  sekali lagi diberi perhatian oleh kerajaan negeri yang mengambil inisiatif menyediakan bas percuma bagi memudahkan mereka pulang berhari raya di kampung pada 25 Jun ini.

Inilah kali kedua kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menaja bas kepada para pelajar unversiti tempatan yang mahu pulang berhari raya di kampung halaman  pada Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pengangkutan Awam, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberitahu, sebanyak 10 buah bas yang boleh membawa 40 orang setiap satu telah  disediakan bagi membawa pulang pelajar ke Kedah mulai Khamis ini.

Kemudahan bas itu disediakan selepas ia mendapat sambutan pada tahun lepas di mana ibu bapa  juga turut gembira dengan inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri, kata Tajul Urus.

"Tahun ini kita menerima permintaan daripada para pelajar agar kerajaan terus menyediakan bas, dan perkara itu  dipersetujui oleh Menteri Besar yang kemudian meluluskan peruntukan, " kata Tajul Urus. 

Majlis berbuka puasa itu yang berlangsung d Pusat Dagangan Dunia Putra dihadiri oleh lebih 1,500 orang termasuk para pelajar.

Pada majlis itu Tajul Urus yang mewakili Menteri Besar turut menyampaikan geran tahunan berjumlah RM54,000 kepada 18 persatuan pelajar anak Kedah di universiti.

Tiap persatuan menerima RM3,000 bagi membiayai aktiviti persatuan .Peruntukan itu juga merupakan kali kedua diberikan  oleh kerajaan  negeri selepas tahun lalu sebanyak 13 persatuan menerimanya. -Kedahnews.com



  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com