Kalau Sudah Belum Ajal, Lelaki Ini Bagaikan Mati Hidup Semula

  Image result for lelaki tergantung atas pokok kepala di pendang

ALOR SETAR - Berpantang maut sebelum ajal, itu perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan mimpi ngeri Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, apabila lehernya terjerut tali ketika memanjat pokok kelapa.

Menurut Zulhisyam, kejadian tersebut adalah yang paling menakutkan sepanjang hidupnya dan tidak akan dilupakan, mujurlah pada ketika itu dia berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang terlihat kemalangan itu.

"Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang.

Ujarnya, pada hari kejadian rakannya meminta supaya dia mengambil buah kelapa untuk berniaga di bazar Ramadan, tapi berfikir panjang dan sememangnya mahu mencari duit lebih, dia bersetuju.

"Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30," katanya.

Kerja memanjat pokok kelapa sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya, begitu juga dengan kerja-kerja kampung yang lain demi menyara keperluan ibu dan diri sendiri.

"Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja,

“Ketika di atas pokok, saya dah ikat 20 biji kelapa nak bawa turun. Tapi, bila saya cantas tandan, tali yang ikat buah kelapa itu menjerut leher saya,” katanya.

Akibat daripada itu, keadaan menjadi panik dan tidak terkawal apabila dirinya tergantung atas pokok dan orang kampung pula cuba untuk menghulurkan bantuan sedaya mampu.

"Ketika itu, saya hanya ingat ajal saya sudah sampai. Saya dapat dengar juga suara-suara orang di bawah meminta saya mengucap kalimah syahadah.

“Saya sempat menyebutnya (kalimah syahadah) sebelum pengsan dan sebaik sedar saya sudah di hospital," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com