Kaki Kanak-Kanak Termasuk Dalam Lubang Tandas


IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berdepan detik cemas apabila kaki kirinya termasuk ke dalam lubang tandas di rumahnya di Laluan Lahat Timur, Kampung Pengkalan Gate di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, didapati kaki kiri kanak-kanak itu masih lagi tersangkut di dalam mangkuk tandas dan operasi menyelamat segera dilakukan bagi mengeluarkan kaki mangsa.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memecahkan mangkuk tandas tersebut dan kanak-kanak itu cuma mengalami luka-luka kecil di kaki kirinya.

“Dia diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada pukul 11.13 pagi,” katanya.

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com