Jeritan Mangsa Kebakaran London Rayu Pertolongan Tular Di Media Sosial


LONDON  - Beberapa pengguna media sosial berkongsi saat-saat memilukan apabila mendengar jeritan mangsa kebakaran di pangsapuri Grenfell Tower meminta pertolongan.

Dalam beberapa video yang dimuat naik ke media sosial jelas kedengaran mangsa menjerit merayu diselamatkan.

Pangsapuri Grenfell Tower setinggi 27 tingkat yang terletak di Lancaster West Estate berdekatan Notting Hill, barat London terbakar pagi semalam.

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat dua pada pukul 1.16 pagi ini, waktu tempatan, sebelum merebak ke tingkat atas. - AGENSI

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com