JASA Pastikan Rakyat Peroleh Maklumat Tepat Pada PRU14 - Mohd Puad


IPOH - Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah bersedia membantu kerajaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan memastikan rakyat memperoleh maklumat yang tepat dan betul, kata Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata setakat ini agensi itu telah melakukan persediaan melebihi 70 peratus termasuk pegawai dilatih dengan kemahiran untuk mendapatkan maklumat dari bawah dan menjelaskan dasar kerajaan.

"Sebagai sebuah agensi yang berperanan memberi penjelasan dan penerangan tentang dasar kerajaan kepada rakyat, setiap pegawainya tetap menggunakan pendekatan bersemuka.

Kekuatan JASA kini juga daripada segi media sosial termasuk kekuatan kandungan serta ketularannya," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan Jasa di sini.

Mandat kerajaan Barisan Nasional sekarang bakal berakhir pada Jun 2018. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com