Iran Pasukan Ketiga Layak Ke Piala Dunia 2018


TEHRAN - Iran muncul pasukan ketiga layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas menang ke atas Uzbekistan 2-0 di laman sendiri malam kelmarin.

Sebelum ini, Rusia layak secara automatik selaku tuan rumah sebelum Brazil menjadi pasukan kedua paling awal mara ke pertandingan bola sepak terbesar di dunia itu. Ini merupakan kali kelima Iran layak secara merit ke Piala Dunia.

Dua gol menerusi Sardar Kazmoun (m-23) dan Mehdi Taremi (m-88) dalam setiap babak permainan sudah cukup buat skuad bimbingan Carlos Queiroz itu mara menerusi saingan Kumpulan A biar pun ada baki dua lagi perlawanan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke Rusia.

Buat masa ini masih ada 29 tempat lagi yang menjadi rebutan untuk ke Piala Dunia 2018 yang dijadual berlangsung dari 14 Jun hingga 15 Julai 2018 itu. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com