Harga Harumanis RM10 Sekilogram Tak Masuk Akal

 

KANGAR - “Tak masuk akal dan mustahil mempelam harumanis gred premium dijual dengan harga RM10 sekilogram.”

Itu antara luahan peniaga harumanis ketika ditemui Harian Metro di sekitar Ladang Kecemerlangan Harumanis Bukit Bintang di sini, semalam.

Nur Azizah Md Dali, 35, berkata, dia tidak pernah menjual buah terbabit serendah RM10 meskipun ia kurang mendapat sambutan menggalakkan pada bulan Ramadan.

“Tak pernah harga jualan harumanis turun serendah itu kerana harga yang saya beli daripada pekebun untuk gred premium mencecah RM15 sekilogram.

“Itu belum kira kos perjalanan mengambil buah di kebun, belerang untuk peram buah serta penyediaan kotak,” katanya ketika ditemui.

Sumber: Harian Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com