Guru Ditahan Disyaki 50 Kali Liwat Pelajarnya Di Kapit


SEORANG guru ditahan kerana dipercayai terlibat dalam tabiat seks songsang hingga sanggup meliwat pelajarnya puluhan kali di Kapit, Sibu, Sarawak.

Berita Harian melaporkan, guru yang berusia lingkungan 40 tahun itu dipercayai meliwat pelajarnya lebih 50 kali di sebuah rumah di Kemunyang, kuarters guru dan hotel bajet sejak 2015.

Guru terbabit ditahan pagi semalam selepas laporan dibuat seorang guru di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sejurus mangsa mengadu mengenai tabiat pelik suspek.

Mangsa yang berusia 14 tahun mengadu mengalami peristiwa hitam sejak berusia 12 tahun dan belajar di Tahun 6 di salah sebuah sekolah rendah di Kapit.

Remaja tersebut mendakwa diliwat lebih 20 kali di kuarters guru dan sebuah hotel murah di bandar berkenaan yang berlaku antara Ogos hingga Disember 2015.

Mangsa yang tertekan dan mengalami trauma dengan insiden itu mengambil keputuan bertukar sekolah lain di Mukah namun terus menjadi sasaran suspek melepaskan nafsu.

Sepanjang tahun lalu, mangsa mendakwa diliwat lebih 30 kali dan pada tahun 2017, suspek terus mengulangi perbuatan terkutuknya antara Februari hingga Mei lalu di Mukah.

Susulan tertekan dengan keadaan itu, mangsa menceritakan kejadian yang menimpanya kepada guru di sekolah barunya dan kemudian membuat laporan polis hingga membawa kepada penahanan suspek.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kapit dan akan dibawa ke Mukah untuk mendapatkan perintah reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377 C atas kesalahan melakukan seks di luar tabii.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau mengesahkan penahanan berkenaan dan siasatan masih dijalankan. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com