Guan Eng Tak Setuju Pemimpin PPBM Jadi Pengerusi, Presiden Pakatan


KUALA LUMPUR – DAP dilihat sudah mula tidak berpuas hati dengan rakan sekutu baharu mereka, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung isu jawatan penting dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Media mendedahkan PPBM mendapat dua jawatan penting dalam PH untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, jawatan tersebut adalah Pengerusi dan Presiden.

Setiausaha Agung, Lim Guan Eng membidas PPBM dengan mendakwa parti baharu itu cuba monopoli jawatan dalam gabungan pembangkang itu.

“Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan presiden (PH) diisi oleh PPBM. Ini adalah suatu monopoli dan penguasaan kawalan (terhadap PH),” Guan Eng dipetik berkata dalam satu sidang media semalam.

Jawatan tersebut yang belum diketahui kedudukannya dikatakan akan diisi oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, PH belum membuat keputusan muktamad mengenai barisan kepimpinan gabungan pembangkang itu.

Beliau turut menegaskan sebarang keputusan diambil mesti secara sepakat antara komponen parti dalam PH

“Saya tidak tahu bagaimana cadangan ini boleh bocor kepada media,” katanya.
PH dilaporkan bakal melantik Dr Mahathir sebagai penasihat bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PPBM pula dikatakan menyerahkan cadangan kepada PH dengan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.

Dr Wan Azizah pula dilantik sebagai timbalan pengerusi, manakala Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali diletakkan sebagai timbalan presiden PH.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Guan Eng pula dinamakan sebagai naib presiden.

Sumber -MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com