Gempar! Wujud Gerakan Kristian Antarabangsa Murtadkan Rakyat Kedah?

 

ALOR SETAR - International Christian Association (ICA) mendedahkan bahawa wujudnya usaha untuk memurtadkan rakyat Kedah yang dijalankan melalui sebuah gerakan dakyah Kristian antarabangsa.

Tidak hanya sekadar usaha, difahamkan bahawa terdapat dua orang pendakyah organisasi tersebut dalam misi memurtadkan seorang penduduk negeri Kedah yang beragama Islam dan hampir berjaya.

Bukan itu sahaja, kedua-dua pendakyah tersebut turut dibiayai oleh ICA bukan sahaja untuk di Kedah malah untuk ke seluruh negara ini.

Modus operandi kedua-dua pendakyah tersebut adalah menziarahi sebuah keluarga yang telah murtad untuk memeluk agama Kristian.

Mereka itu telah murtad selama empat tahun namun masih berselindung disebalik perwatakan dan penampilan sebagai sebuah keluarga Muslim.

Kononnya kedatangan pendakyah tersebut sebagai pembakar semangat untuk keluarga yang telah murtad itu agar terus murtad dan kuat hadapi 'dugaan' hidup di kampung yang dihuni oleh penganut-penganut agama Islam yang radikal.

Pendakyah tersebut menghasut keluarga itu dengan mendakwa kehidupan mereka akan berubah menjadi lebih baik setelah memeluk agama Kristian, mereka juga tidak menyangka bahawa keluarga tersebut dengan mudahnya mempercayai perkara itu.

Pengalaman memurtadkan satu demi satu keluarga Islam di Kedah ini dimuatkan dalam laman web ICA.

Pergerakan mereka amat licik dan beberapa taktik lain digunakan bagi menjalankan kerja-kerja evangelikal dan pendakyahan Kristian ini dan ianya tidak disedari pihak berkuasa.

Malah mereka turut menjalankan kerja terkutuk tersbeut melalui pelbagai bentuk penyamaran disebalik badan kebajikan, golongan itu mensasarkan Kedah kerana ia merupakan antara negeri Melayu terbesar di Malaysia. 

Walaupun tindakan tersebut salah dari segi undang-undang namun mereka percaya usaha tersebut berbaloi jika dibandingkan dengan risiko yang mereka hadapi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com