Gadis "Chipsmore" Tidak Kisah Diejek Raksasa

Image result for Evita Patcey Edgar Delmundo

BIARPUN pelbagai cemuhan yang diterima termasuk dipanggil raksasa ‘Chipsmore’ kerana memiliki wajah yang luar biasa, namun gadis ini cekal menghadapi dugaan itu serta menganggap ejekan itu sebagai kekuatan baginya.

Gadis Rungus berdarah campuran Filipina berasal dari Kota Kinabalu, Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, memiliki wajah dan tubuh yang dipenuhi dengan tompokan dan tahi lalat sejak kecil menyebabkan dia sering dipinggirkan ketika zaman kanak-kanak.

Evita berkata, dia sering dibuli, dihina dan tidak mempunyai kawan ketika di sekolah rendah menjadikan dia berasa malu untuk ke sekolah dan hilang keyakinan dalam hidup.

"Saya pernah menyalahkan takdir dan selalu menangis kerana dilahirkan seperti ini. 

"Tetapi sejak memasuki alam sekolah menengah, saya sudah ada kawan dan rasa dihargai menyebabkan saya yakin untuk bergaul dengan orang lain," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kini dia bangga dengan 'kelebihan' yang dimiliki dan sedar keunikan yang dianugerahkan boleh mengubah masa depannya dengan lebih baik.

"Selain menjadi perhatian kerana mempunyai wajah unik, saya juga dijadikan inspirasi oleh rakan sebaya dalam membantu meningkatkan semangat kepada mereka yang kurang keyakinan dalam hidup.

"Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jangan lihat pada kekurangan, tetapi tonjolkan kelebihan yang kita ada," kata anak kepada pasangan Edgar Delmundo dan Rachel Sarah itu.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada Malaysia Beauty Pageant FC (MBPFC) kerana memilihnya sebagai pencetus inspirasi buat gadis yang kurang keyakinan dengan kecantikan sehingga kisahnya tular di media sosial.

Evita yang mempunyai bakat menyanyi dan bermain gitar, mempunyai lebih 15,000 pengikut di laman sosial Instagram dan rata-rata pengikutnya menjadikannya dirinya sebagai inspirasi.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com