Federer Kembali Beraksi Selepas Berehat


STUTTGART  - Bintang tenis Switzerland, Roger Federer kembali turun ke gelanggang selepas lebih dua bulan berehat apabila menentang pemain Jerman, Tommy Haas pada pusingan kedua Terbuka Stuttgart semalam.

Menarik diri daripada menyertai Terbuka Perancis kerana tidak gemar dengan gelanggang tanah liat, Federer, 35, memulakan kempen dalam memburu kejuaraan ke-16 di atas gelanggang rumput di sini selain menjadikannya sebagai pemanas badan menjelang kejohanan Grand Slam Wimbledon 3-16 Julai depan.

Federer yang diletakkan sebagai pilihan utama di sini mendapat laluan percuma di pusingan pertama manakala Haas menempah pertemuan dengan juara Terbuka Australia itu selepas menewaskan Pierre-Hugues Herbert 6-3, 4-6, 7-5. - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com